SELAMAT DATANG / WELCOME / AHLAN WASAHLAN

SELAMAT DATANG / WELCOME / AHLAN WASAHLAN

Informasi

  1.  Lampiran Telekom Press
News Release
30 January 2010
Kuala Lumpur

PERDANA MENTERI MELANCARKAN PAKEJ BARU STREAMYX COOL UNI PACK
Pakej istimewa TM untuk mahasiswa menawarkan netbook dan perkhidmatan Streamyx PERCUMA dari hanya RM50 sebulan

Telekom Malaysia Berhad (TM), dengan usahasama Kerajaan Malaysia, hari ini melancarkan pakej jalur lebar terkininya untuk mahasiswa tahun pertama atau kedua, yang dipanggil Streamyx Cool UNI Pack. Pakej ini menawarkan para pelajar satu gabungan yang merangkumi akses jalur lebar PERCUMA dan netbook dari hanya RM50 sebulan untuk tempoh 24 bulan.
Pakej Streamyx Cool UNI Pack ini dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, bersempena dengan Pelancaran Digital Pekan 1Malaysia di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, Pahang. Turut merasmikan pelancaran tersebut adalah Y.B. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Y.A.B. Dato’ Sri Haji Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang. Turut hadir di majlis tersebut adalah Datuk Dr. Halim Shafie, Pengerusi TM dan Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM.
“Kami sungguh teruja dengan pengenalan pakej Streamyx Cool UNI Pack yang ditawarkan khas untuk pelajar IPTA dan IPTS, yang merangkumi sebuah netbook dengan akses jalur lebar PERCUMA dan dari hanya RM50 sebulan untuk tempoh 2 tahun. Disamping itu, TM juga menawarkan modem wayarles PERCUMA, akaun Streamyx Zone PERCUMA dan pelanggan juga boleh memuat-turun 50 buah lagu sebulan selama 12 bulan dari portal muzik TM, HyppTunes. Malah, para pelajar juga akan menikmati diskaun sebanyak 50% dari kadar langganan untuk yuran bulan pertama dan kami juga turut mengecualikan yuran pengaktifan berjumlah RM75 dan yuran pemasangan berjumlah RM88 untuk pakej ini. Walau bagaimanapun, untuk para pelajar yang memerlukan lebar jalur yang lebih tinggi, mereka boleh memilih pakej dengan kelajuan yang lebih tinggi, bermula dari 512Kbps hingga 4 Mbps dengan peningkatan yuran minima dari hanya RM15 sebulan sahaja. Pakej ini disasarkan khas untuk mahasiswa yang ingin memiliki sebuah komputer dengan akses jalur lebar tetapi terikat dengan belanjawan yang ketat. Pakej jalur lebar dan komputer yang baru dan mampu dimiliki ini disasarkan bagi meningkatkan kadar penembusan komputer dan jalur lebar selari dengan agenda nasional untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar untuk mencecah 50% dari jumlah isi rumah pada akhir 2010,” kata Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa.
“Dengan lebih daripada 1.5 juta pelanggan jalur lebar di negara ini, TM akan meneruskan usahanya untuk menghubungkan seramai mungkin warga Malaysia secara online menerusi inisiatif-inisiatif seperti ini, yang membolehkan lebih ramai orang dapat berhubung secara mudah. Dengan pilihan pakej komputer yang mampu dimiliki, TM meningkatkan lagi strategi pelaburan sosialnya dalam menyokong langkah kerajaan untuk mencapai kadar penembusan komputer dan jalur lebar yang lebih meluas yang akan menghubungkan Malaysia dengan grid maklumat sedunia dan mampu berdaya saing dengan negara lain. Selain daripada menyumbang kepada meningkatan penggunaan jalur lebar, pakej komputer netbook ini juga menggunakan ICT sebagai pemboleh untuk menyokong langkah kerajaan untuk memacu negara ke arah masyarakat bermaklumat dan meningkatkan skil modal insan,” tambah Dato’ Zamzamzairani.
Bersempena dengan majlis pelancaran pakej tersebut, seramai 10 pelanggan terawal yang terdiri daripada para pelajar dari beberapa universiti awam di seluruh negara menerima netbook mereka daripada Perdana Menteri di majlis penyampaian yang diadakan semasa pelancaran tersebut.
Untuk layak melanggani pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
Para pelajar mesti berasal dari isi rumah dengan pendapatan bulanan berjumlah RM3000 atau kurang daripadanya.
• Para pelajar mesti belajar di tahun pertama atau kedua di mana-mana IPTA atau IPTS di Malaysia
Para pelajar mesti menerima pengesahan dari Unit Hal Ehwal Pelajar dari universiti atau kolej tersebut.
Dengan hanya RM50 sebulan, para pelajar yang melanggan untuk Streamyx UNI Cool Pack akan menerima:
• Akses jalur lebar Streamyx PERCUMA dengan kelajuan 384 Kbps
• Satu (1) modem wayarles PERCUMA dengan jaminan 12 bulan
• Pengecualian yuran pengaktifan (RM75) dan yuran pemasangan (RM88)
• Diskaun 50% untuk yuran langganan bulan pertama
• Satu (1) akaun Streamyx Zone PERCUMA
• 50 buah lagu yang dimuat turun setiap bulan selama 12 bulan dari muzik portal TM, Hypptunes (www.hypptunes.com.my)
• Satu (1) akaun emel (XX@steamyx.com)
• Satu (I) alamat Protokol Internet dinamik
• Satu (1) Netbook Hewlett Packard (HP) dengan cakera padat 250 GB, memori 1 GB dan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara
Untuk mendaftar bagi pakej Streamyx Cool UNI Pack, para pelajar perlu membawa dokumen-dokumen berikut ke kaunter jualan TM atau cawangan TMpoint:
• Salinan kad pengenalan Malaysia
• Salinan kad pengenalan pelajar
• Borang permohonan yang dilengkapi dengan pengesahan dari universiti atau kolej mereka
Sempena dengan pelancaran Streamyx Cool UNI Pack TM, TM akan menganjurkan siri jelajah di kampus-kampus universiti di seluruh negara untuk mempromosikan pakej ini. Bagi melengkapi kepada pakej ini, TM juga akan memperluaskan lokasi Streamyx Zone untuk meliputi kawasan universiti bagi menawarkan akses Internet percuma kepada semua pelajar.
TM kini mempunyai lebih daripada 2000 lokasi Streamyx Zon di seluruh negara meliputi kawasan-kawasan awam di bandar-bandar utama seperti pusat membeli-belah, kafe, restoran seperti Secret Recipe, Burger King dan Pizza Hut, lapangan terbang, hotel, kampus universiti, hospital, kelab golf, pusat konvensyen dan lokasi-lokasi yang lain. Untuk mengetahui kawasan liputan Streamyx Zone, perhatikan tanda Streamyx Zone yang dipaparkan di lokasi tersebut.
Perkhidmatan WiFi tersebut boleh diakses menggunakan sebarang komputer riba, komputer tablet, PDA atau sebarang peralatan komunikasi mudah alih yang bersesuaian dengan standard keupayaan WiFi (piawaian LAN 802.11b/g tanpa wayar) di mana-mana lokasi Streamyx Zone di seluruh negara. Dengan perkhidmatan WiFi menerusi Streamyx ini, pelanggan boleh mengakses e-mel, melayari Internet, membuat panggilan telefon menerusi perkhidmatan Voice Over Internet Protocol (VOIP), menonton video, berblog dan membuat aktiviti berasaskan Internet yang lain. Para pengguna hanya perlu membuka browser laman web perkhidmatan tersebut dan memasukkan nama pengguna dan kata kunci mereka. Setelah mendapat sambungan, para pengguna boleh melayari Internet pada kelajuan sehingga 384kbps dan kadar mobiliti 100% dalam lingkungan jarak yang diliputi.
HyppTunes adalah sebuah portal muzik online yang menawarkan kemudahan memuat turun lagu penuh yang sah di sisi undang-undang dari artis tempatan dan antarabangsa dan muzik dari pelbagai genre, dari lagu etnik, tradisional ke moden, klasik ke kontemporari, serta tempatan dan antarabangsa dan juga muzik dari artis-artis saluran utama serta ‘indie’ dari seluruh dunia.
Ianya mengandungi lebih daripada seratus ribu lagu artis antarabangsa dan tempatan. Selain daripada jumlah lagu antarabangsa yang tinggi, HyppTunes juga menyokong industri lagu ‘indie’ tempatan dengan menyediakan maklumat mengenai penerbitan muzik terkini, ulasan serta maklumat yang berkaitan dengani mengenai muzik tempatan ‘indie’. Di samping itu, artis ‘indie’ juga boleh memuat-naik dan mempromosikan lagu mereka menerusi HyppTunes.
Sebagai sebahagian dari inisiatif Digital Pekan 1Malaysia, TM telah terlibat dalam beberapa projek dan juga menawarkan produk dan perkhidmatannya untuk manfaat penduduk Pekan. Di antaranya termasuklah Pusat Pengalaman yang disediakan di Pusat Sumber Pekan, dengan dilengkapi komputer dan akses Internet jalur lebar yang memaparkan kandungan pendidikan, maklumat dan hiburan TM seperti laman akhbar e-Browse ( e-browse.bluehyppo.com ), portal TV jalur lebar TM iaitu Hypp.TV ( www.hypp.tv ) dan modul pendidikan online iaitu BlueHyppo Kidz ( www.bluehyppo.com ). Untuk faedah penduduk Pekan, TM juga menawarkan perkhidmatan WiFi PERCUMA menerusi Streamyx Zone di Perpustakaan Pekan dan Pusat Pengalaman untuk kegunaan orang awam. Disamping itu, TM juga telah melengkapi Pusat Pengalaman dengan sebuah kiosk yang dihubungkan dengan 2 talian Internet tetap dan juga akses sepanjang setahun kepada kandungan dan aplikasi BlueHyppo. Sebagai sebahagian dari usahanya untuk meningkatkan penerapan jalur lebar, TM juga telah memperkenalkan pakej Streamyx tanpa kos permulaan eksklusif untuk semua penduduk Pekan.
TM sebagai rakan usahasama strategik dan penaja platinum untuk Karnival ICT, yang diadakan bersempena dengan inisiatif Digital Pekan 1Malaysia dari 30 sehingga 31 Januari juga mempamerkan detik-detik penting penglibatan TM di Pekan dan Pahang dan juga mempromosikan perkhidmatan jalur lebarnya untuk pelanggan kediaman dan perniagaan. Di antara produk yang dipamerkan termasuk Streamyx Cool UNI Pack, BlueHyppo Kidz Club, Hypp.TV, e-browse dan mybizpoint. Para pelawat ke karnival juga boleh mendaftar untuk melanggani perkhidmatan TM Homeline dan Streamyx, membeli peralatan telefon, kad iTalk, kad Streamyx Zone dan banyak lagi.
Di majlis yang sama, TM juga meraikan 10 pelajar yang terpilih daripada 10 sekolah cemerlang di sekitar Pekan di atas keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan PMR dan UPSR. Perdana Menteri telah menyampaikan hadiah kepada semua pelajar cemerlang di kaunter TM. Setiap pelajar menerima hadiah wang tunai bernilai RM200 dan sebuah beg sekolah TM.
Untuk maklumat lanjut mengenai Streamyx Cool UNI Pack, layari www.tm.com.my atau hubungi Pusat Bantuan Pelanggan kami di talian 100.
Mengenai TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik.
Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 11,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my

No comments:

Post a Comment