Disini aku nak kongsi sedikit tentang Pakej Streamyx yang ditawarkan kepada mahasiswa / pelajar / penuntut yang sedang menuntut sama ada IPTA atau IPTS. Untuk mohon pakej ni ade syarat-syaratnya (ada dilampirkan secara detail dalam lampiran Telekom Press). Kronologi berkaitan permohonan Pakej ini:
- Aku telah start mohon pakej ini pada bulan 11 2010 dengan hantar borang ( borang mohon line telepon & borang mohon line streamyx) ke pejabat TM point berdekatan (Cyberjaya). Borang mohon line streamyx mesti dicop terlebih dahulu oleh pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar) pusat pengajian tempat kita belajar sebelum hantar ke TM Point.
- Selepas tu tempoh seminggu Pihak Telekom pasang Telepon.
- Seminggu lagi Pihak Telekom pasang Line Streamyx
- Seminggu lagi Pihak HP hantar Netbook ke rumah
- Selepas tu Feel Enjoy laaaa (kemaruk kejap 24Hrs ON Internet)
Setakat ini takde masalah dan aku ambil pakej max iaitu 4MB dengan harga RM 88 Sebulan (Normal Price : RM 140). Akhir sekali aku dah terminate line celcom broadband ... macam hampeh. Pakai Streamyx lagi stabil.
Sekian
Daripada - Asyraf (Blog Master)